Cinta itu hadir dikala ianya tak dijemput, mungkin belum tiba masanya untuknya diterima , bukan masanya lagi untuk disemat di dalam jiwa dan bukan masanya lagi untuk diluahkan namun perasaan itu tidak boleh kita halanginya, perasaan itu normal bila tiba usia remaja kerana kadang-kadang perasaan itu datang dan kadang-kadang ia pergi seperti angin yang datang menyepa. Perasaan Cinta yang hadir waktu itu, lain....lain dari kasihnya seorang ayah dan ibu kepada anaknya, lain dari rasa cinta terhadap persahabatan, dan ianya lebih kepada seorang wanita kepada lelaki dan lelaki pada wanita. Dahulu aku pernah merasanya, namun dibuang perasaan itu jauh- jauh, kerana belum tiba masanya lagi....disimpan perasaan suka itu diam-diam sehinggalah orang itu menaruh harapan pada org lain dan pada masa yang sama mencintai org lain..aku bukan penakut utk mengakuinya, namun hidup perlulah berlandaskan syariat...terlalu banyak tanggungjawab perlu aq lakukan.. jangan terus hanyut dalam dilema cinta! kerana cinta yang tidak benar takkan membawa kemana- mana. Perasaan kecewa itu pernah aq alami bila "crush" yang kian lama aq minat sudah ada orang...hahaha...tapi aq tahu itu cuma perasaan sahaja...yg penting hidup kena move on
No comments:
Post a Comment